Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

'Rapat' dengan Dr M, ahli MT Umno minta Hishammuddin jelaskan pendirian

Foto FMT

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Hishammuddin Hussein diminta perjelaskan pendiriannya dalam Umno selepas dilihat “rapat” dengan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Ini ekoran foto percutian bekas naib presiden Umno itu sekeluarga bersama timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Maghribi tersebar di media sosial minggu lalu.
Loading...

Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata pendirian perlu dilakukan supaya khabar angin yang bertiup kencang dalam kalangan akar umbi terjawab, lapor BH Online.

“Hubungan beliau (Hishammuddin) dan Dr Mahathir adalah profesional, interaksi berlandaskan pemimpin Umno dan bekas presiden Umno,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu.

“Saya yakin Hishammuddin yang memiliki banyak pengalaman akan terus setia kepada parti ini."

Bekas menteri pertahanan itu dilapor bertemu Mahathir pada September tahun lalu, namun menafikan mahu keluar parti.

Beliau juga didakwa menjadi “tangan ghaib” tindakan pemimpin dan wakil rakyat Umno keluar parti secara beramai-ramai. - Projek MM
Loading...
loading...