KUALA LUMPUR - Sistem perbankan Bank Simpanan Nasional (BSN)
menghadapi gangguan dan tiada transaksi perbankan boleh dibuat sekarang.
BSN dalam satu kenyataan hari ini berkata, sistem perbankan
itu melibatkan perkhidmatan kaunter di cawangan pengeluaran wang di mesin
pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), MEPS, MyBSN, dan ejen
bank BSN.
Loading...
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, perkembangan
terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh
pelanggan kami," katanya. - Bernama


