Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan menjadi perdana menteri
setelah Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan itu selama dua tahun seperti
dijanjikan.
Namun, presiden PKR berkata buat masa sekarang Dr Mahathir
mesti diberi ruang yang cukup untuk mentadbir dengan berkesan dalam tahun
peralihan ini yang “sukar dan mencabar”.
Loading...
“Sudah tentu bukan lima tahun [Dr Mahathir pegang] kerana
beliau beritahu dengan sangat jelas tidak lebih dua tahun,” kata Anwar dalam
wawancara di Bloomberg Television.
Dr Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), pada September tahun lalu mengulangi janjinya untuk
tidak kekal lama sebagai perdana menteri.
“Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang,” kata
perdana menteri seperti dilaporkan.
Isu peralihan kuasa sehingga kini masih menjadi persoalan
orang ramai dan juga penyokong PH) kerana tidak ada tarikh rasmi atau
perjanjian khas ditetapkan. - Malay Mail


