‘Tak suka Tun M, sila masuk MCA.’
Itu tegas Exco ARMADA Nasional, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul
Munir kepada Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau.
Sebelum itu, Cheng Hau mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad
yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) letak jawatan kerana gagal melunaskan
manifesto PH.
Loading...
“Rentetan ‘kenyataan bodoh’ AJK DAP ini, saya ingin
bertanyakan kepada beliau, adakah beliau ingin menafikan kejayaan semasa
kerajaan pusat di bawah pimpinan PH yang mana sebanyak 36 pencapaian telah
dicapai di pelbagai peringkat?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Ashraf, dakwaan Cheng Hau tidak berasas dan
senada dengan dakwaan pembangkang.
“Maka saya cadangkan, Cheng Hau layak untuk angkat kaki dari
PH dan boleh sertai MCA untuk duduk di bawah telunjuk UMNO yang rasis sama
seperti MCA andai suka bermain dengan api yang merosakkan PH,” katanya.
Menurut beliau, jika benar apa yang dikatakan oleh Cheng Hau
bukan Mahathir sahaja yang perlu meletakkan jawatan tetapi semua menteri
kabinet termasuk mereka dalam kalangan DAP.
Menurutnya, soal manifesto bukan tanggungjawab Mahathir
seorang malah semua kepimpinan PH bertanggungjawab.- MalaysiaGazette


