Isu dakwaan ‘sijil palsu’ yang mendepani beberapa pemimpin
Pakatan Harapan (PH) dibangkitkan di Dewan Rakyat Rakyat hari ini dengan harapan mendapat reaksi
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang membangkitkan soalan
berkaitan isu itu turut mengemukakan soalan berkenaan kegagalan kerajaan
Pakatan Harapan (PH) yang didakwa gagal menunaikan manifestonya.
Loading...
Namun, Ahli Parlimen Langkawi itu tidak mengendahkan isu
sijil palsu yang dibangkitkan Ahmad dan hanya memfokuskan isu manifesto tidak
tertunai, lapor Astro Awani.
“Kita sedang berusaha dengan memastikan janji manifesto itu
dapat ditunaikan tetapi kerana perbuatan kerajaan terdahulu selain daripada
perundangan lama tidak mempermudahkan usaha kerajaan ketika ini,” kata Dr
Mahathir.
Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi Dr Mahathir,
Ahmad bangun semula mencelah dengan harapan Perdana Menteri menjawab isu sijil
palsu tersebut.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad
Ariff Md. Yusof mengarahkan Ahli Parlimen Pontian itu duduk kerana tempoh
pertanyaan telah tamat.
Isu penggunaan sijil akademik palsu mendapat perhatian umum
berikutan pendedahan beberapa pemimpin Pakatan Harapan didakwa memiliki sijil
berkenaan.
Sebelum ini, kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Datuk
Marzuki Yahaya; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian serta Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diragui.


