Foto oleh Astro Awani
Perdana Menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad memberi jaminan
akan meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.
Beliau berkata demikian ketika buat pertama kalinya
dipertemukan dengan balu kepada salah seorang mangsa, iaitu Danica Weeks dalam
satu temubual eksklusif bersama 60 Minutes Australia sempena tahun ke lima
kehilangan pesawat itu.
Loading...
Weeks, dalam perjumpaan itu memohon kepada Tun Mahathir agar
Kerajaan Malaysia dapat meneruskan usaha pencarian itu, seterusnya memberi
sedikit harapan kepada kesemua waris untuk mengetahui apakah nasib sebenar
pesawat malang itu, lapor Astro Awani.
“Kami memang berhasrat untuk meneruskan pencarian ... dan
dengan teknologi terkini seperti pengesanan elektronik, ia sesuatu yang tidak
mustahil untuk kami mengetahui di mana lokasi sebenar pesawat itu jatuh” jawab
Tun Mahathir.
Pengacara 60 Minutes, Sarah Abo, kemudian tidak membuang
masa dan terus melontarkan soalan pertama kepada Tun Mahathir- “Jika salah
seorang ahli keluarga anda di dalam pesawat tersebut, apakah yang anda akan
lakukan?”
“Mohon Tuhan jauhkan perkara itu berlaku kepada saya,” balas
Perdana Menteri dalam satu reaksi spontan, tetapi mendalam dari negarawan itu,
sambil menyambung “Saya juga fikir, (jika ia berlaku kepada saya) saya akan
sangat kecewa terutamanya jika pencarian itu dihentikan”.
Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, Tun Mahathir turut
menyatakan pandangan yang konkrit tentang pencarian pesawat MH370.
“Tidak mengetahui adakah mereka masih hidup ke tidak, Tidak
mengetahui di mana mereka berada adalah sangat mengecewakan,” katanya lagi.
Tun Mahathir juga ditanya mengenai pendapatnya mengenai apa
sebenarnya yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines itu.
“Salah satu perkara yang saya dengar pada awalnya adalah
pesawat itu telah dirampas, tetapi pesawat sebesar itu sama ada di dalam laut
atau darat, pasti meninggalkan kesan, tapi ini tidak, ia terus lenyap.
“Saya juga tidak rasa seseorang yang telah (banyak kali)
menerbangkan pesawat akan melakukan perkara itu, bagaimana dia boleh hilangkan
pesawat? Tiada siapa boleh menjawab persoalan itu,” katanya lagi yang turut
ditanya mengenai Kapten Zaharie Ahmad Shah.
“Please don’t give up on us.” MH370 widow Danica Weeks has one last emotional plea for Malaysian PM Mahathir. #60Mins pic.twitter.com/ZH9aU0OJ3P— 60 Minutes Australia (@60Mins) March 3, 2019


