Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Rompin mendesak pihak
berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengguna akaun Facebook yang
cuba meninbulkan provokasi isu hina Islam.
Muhammad Syafiq Azmi mendakwa akaun Facebook ‘Imam Perang’
dalam catatan status mahu “penggal kepala penghina Islam” selepas beberapa
laporan polis dibuat, lapor Projek MM.
Loading...
“Saya meminta kepada PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan kepada penulis status dibawa ini
(Imam Perang).
“Apakah negara ini bakal menjadi negara Taliban? Negara ini
punya undang-undang dan perlembagaan. Adalah sesuatu yang menyedihkan jika ia
tidak dibendung oleh kerajaan dan pihak berkuasa,” katanya.
Bekas ketua pemuda Amanah Melaka itu berkata Amanah tidak
berkompromi isu menghina mana-mana agama dan akan membuat laporan polis dalam
masa terdekat.
Polis setakat ini menahan tiga individu dan memburu seorang
lagi suspek kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi
Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah, kata ketua polis negara.
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata sehingga hari ini 929
laporan polis dibuat di seluruh negara dan sebanyak 16 kertas siasatan dibuka
bersabit kes penghinaan agama Islam.
Semua kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan serta Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998.


