Foto The Star
Bekas ketua bahagian MIC Sungai Siput, M Lokanathan
mengesahkan akan membuat laporan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) terhadap bekas presiden partinya, S Samy Vellu pada 8 Mac ini.
Lokanathan berkata, laporan yang akan dibuatnya Jumaat ini
merupakan yang ketiga dan kali ini ia dibuat bertepatan dengan hari kelahiran
bekas menteri kerja raya itu.
Loading...
"Selepas dua kali saya membuat laporan di SPRM dan
tiada tindakan daripada pihak SPRM, kali ini saya memilih 8 Mac ini membuat
laporan kali ketiga.
"Ironinya, 8 Mac ini merupakan hari jadi yang ke-83
Samy Vellu. Jadi, ini adalah 'hadiah' hari jadi kepadanya," katanya kepada
Malaysiakini.
Lokanathan berkata laporan itu berkenaan isu-isu di kawasan
parlimen Sungai Siput, kawasan yang pernah diwakili Samy Vellu.
Beliau tidak memperincikan maklumat aduan yang akan dibuat,
namun berkata ia mempunyai kaitan dengan tanah seluas 101 ekar yang dibeli di
bawah harga pasaran, serta pembinaan sebuah dewan konvensyen dan satu lagi
tanah milik KPJ (Koperasi Pekerja Jaya Bhd).
"Saya tidak mendedahkan maklumatnya, tapi apa yang saya
boleh katakan adalah kesemua tanah dan bangunan yang saya beritahu sekarang
berada di atas nama seorang ahli peniagaan Cina yang tiada kena-mengena dengan
MIC dan juga KPJ," katanya.
Untuk rekod, Lokanathan yang satu ketika dulu merupakan
penyokong tegar Samy Vellu membuat laporan pertama dibuat pada 10 September
2016 diikuti, dan sekali lagi pada 28 Februari 2017. - Malaysiakini


