Isteri Najib Razak, Rosmah Mansor keluar dari mahkamah
apabila timbalan pendakwaraya, V Sithambaram membangkitkan sama ada wajar untuk
dirinya berada di situ kerana beliau merupakan seorang saksi yang berpotensi
dalam kes itu.
Rosmah dilihat berdiri di barisan depan galeri awam dan
meninggalkan mahkamah, dengan diikuti peguamnya K Kumaraendran.
Loading...
Sejurus sebelum itu, Sithambaram memberitahu mahkamah bahawa
oleh kerana pernyataan Rosmah telah direkodkan, adalah lebih baik bagi dirinya
untuk tidak berada di mahkamah untuk mengelakkan masalah pada masa depan.
"Rosmah Mansor berada di mahkamah. Dia adalah saksi
yang berpotensi, kenyataan beliau sebagai saksi telah direkodkan.
"Kami tidak mahu sebarang masalah kemudian hari. Kami
tidak mahu dilihat menyukarkannya, ia hanyalah satu prosedur," kata
Sithambaram.
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian memberitahu
mahkamah bahawa dia menyerahkannya kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membuat keputusan mengenai perkara itu. - Malaysiakini


