Najib Razak - Foto The Star
Najib Razak membelanjakan RM3.2 juta di Itali pada Ogos 2014
untuk membeli hadiah kepada bekas perdana menteri Qatar, dakwa pegawai
penyiasat SPRM Rosli Hussain.
Perkara itu dibangkitkan ketika pemeriksaan balas dengan
peguam Farhan Read yang bertanya Rosli, saksi ke-57 pendakwaan, berkenaan
transaksi kad kredit Najib di butik barang kemas mewah Swiss, De Grisogono di
Itali.
Loading...
Rosli berkata, bekas perdana menteri dalam keterangan kepada
SPRM mendakwa membuat transaksi RM3.2 juta pada 8 Ogos 2014 untuk membeli
hadiah kepada pemimpin sebuah negara, lapor Malaysiakini.
"Itulah dakwaan beliau," kata Rosli.
Farhan kemudian mengeluarkan dokumen baru, yang merupakan
salinan surat penghargaan didakwa daripada isteri perdana menteri Qatar kepada
isteri Najib, Rosmah Mansor.
Bagaimanapun Rosli berkata dia tidak pernah melihat surat
itu, dan Rosmah juga tidak menyebut perkara itu ketika SPRM mengambil
keterangannya sebelum ini.
Perbicaraan kes Najib berkaitan dakwaan salah guna wang
bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, masuk hari ke-57 hari ini.


