Polis sedang merakamkan kenyataan pengerusi kumpulan
pendidikan Cina, Dong Zong Tan Tai Kim dan setiausaha agungnya, Ng Chai Heng.
Mereka yang diiringi oleh naib pengerusi, Yang Yin Chong dan
anggota jawatankuasa pusat Low Chee Chong serta Yeoh Chai Kok, tiba di Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi, lapor Malaysiakini.
Loading...
Minggu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit
Aman, Huzir Mohamed berkata polis akan menyiasat Dong Zong selepas enam laporan
dibuat terhadap kumpulan itu.
Laporan adalah berkaitan ulasan mereka berhubung pelaksanaan
pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan
Tamil.


