Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan
Ismail Petra membuat laporan polis berkaitan satu fitnah yang dimuat naik oleh
seorang pengguna laman Facebook sejak beberapa hari yang lalu.
Difahamkan, kenyataan berunsur fitnah yang tersebar di laman
Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) Version 0.2 itu mengatakan adinda
Sultan Kelantan itu bukanlah puteri bongsu Sultan Ismail Petra bersama Tengku
Anis Tengku Abdul Hamid malah pasangan diraja itu dikatakan hanya mempunyai
tiga orang putera sahaja.
Loading...
Bertindak atas fitnah yang bertujuan memalukan Tengku
Amalin, sepupu baginda, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz bersama peguamnya,
Majidah Muhamad membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota
Bharu pada 11.58 pagi tadi supaya siasatan dilakukan.
Sementara itu, Majidah yang mewakili Tengku Amalin A’ishah
berkata, laporan polis itu dilakukan bertujuan supaya fitnah berkenaan
dihentikan dan siasatan rapi dijalankan oleh pihak polis.
Iklan
Beliau berkata kenyataan yang dimuat naik itu ternyata
berunsur fitnah dan memalukan puteri bongsu yang bergelar Tengku Maharani Putri
Kelantan.
"Daripada laman grup IRDK Version 0.2 itu ada dua
individu yang membuat kenyataan iaitu pengguna Facebook bernama "Shaiful
Afzan" dan "Mekllis Nor Liss".
"Antara kenyataan yang dikeluarkan termasuklah
mengatakan puteri bongsu itu hanyalah anak angkat dan berasal dari kampung.
"Kami berharap siasatan lanjut dilakukan terhadap dua
individu berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas menimbulkan
fitnah," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.
- Bernama


