Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low bersama Datuk
Seri Najib Tun Razak semasa lawatan rasmi Najib di New York dan London.
Ini didedahkan bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi
Nazaruddin, 43, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Beliau juga berkata Jho Low sering kelihatan semasa bekas
Perdana Menteri itu mengadakan lawatan rasmi.
Loading...
Saksi pendakwaan kelapan dalam perbicaraan kes 1MDB Najib
berkata, beliau menerima beribu-ribu dolar Amerika Syarikat (US) daripada Jho
Low ketika di New York dan duit poket di London, United Kingdom.
Diaju pertanyaan oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah tentang jumlah wang yang diterima daripada Jho Low, saksi itu menjawab
beliau tidak dapat mengingatinya.
Muhammad Shafee: Ketika anda ditahan (oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah anda tahu mengapa? Adakah disebabkan 800,000
dolar US?
Amhari Efendi: Saya tidak ingat
Muhammad Shafee: Adakah disebabkan 200,000 dolar US?
Amhari Efendi: Yang mana?
Muhammad Shafee: Yang anda pinjam daripada Jho Low.
Amhari Efendi: Tidak.
Muhammad Shafee: Anda pernah menerima lebih banyak wang
berbanding ini, daripada Jho Low?
Amhari Efendi: Ya.
Muhammad Shafee: Berapa banyak?
Amhari Efendi: Saya tidak ingat. Apabila ada lawatan,
mungkin terdapat beberapa perbelanjaan perjalanan.
Muhammad Shafee: Bilakah Jho Low bagi anda wang ketika anda
melakukan perjalanan?
Amhari Efendi: Pelbagai.. Saya tidak ingat semua.. di New
York. - Bernama


