Anak lelaki bongsu bekas Presiden Mesir Mohammed Morsi
meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu di sebuah hospital di
Kaherah.
Sumber yang merupakan anggota keluarga Morsi mengesahkan
kematian Abdullah Morsi kepada agensi berita Turki Anadolu tanpa memberikan
butiran lanjut.
Loading...
Kementerian Kesihatan Mesir belum mengeluarkan kenyataan
berhubung perkara itu.
Mohammed Morsi, presiden pertama Mesir yang dilantik secara
demokratik, meninggal dunia pada Jun semasa dibicarakan atas pelbagai
pertuduhan.
Beliau telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera
oleh Presiden semasa Abdel-Fattah al-Sisi selepas setahun berkuasa.
-Bernama


