Mufti Wilayah Persekutuan meminta pihak yang mendakwa wang
kertas Malaysia mengandungi lemak babi supaya mengemukakan bukti terlebih dulu.
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebarang
tuduhan haruslah datang dari “dalil” bagi mengesahkannya, lapor Harian Metro.
Loading...
“Berkemungkinan ada kena mengena dengan halal daripada pihak
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pada makmal, makmal yang lebih
‘standard’ dan lebih baik untuk kita benar-benar memahami apakah itu benar atau
tidak,” katanya.
“Ini kerana sekadar satu dakwaan atau satu kenyataan (tidak
memakai), (ia) perlu kepada penelitian yang kukuh.”
Zulkifli berkata demikian merujuk dakwaan seorang pensyarah
Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), kelmarin, yang
mengatakan wang kertas mengandungi lemak babi.
Profesor Zhari Ismail mendakwa maklumat itu diperolehnya
daripada pemain industri yang terlibat dalam pencetakan wang. - projek MM


