Kerajaan negeri Pulau Pinang beranggapan kempen “Beli Produk
Muslim Dahulu” yang yang dilancarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan di
negeri itu Ahad lepas sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu
dihentikan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri tidak
bercadang untuk campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk
sistem ekonomi pelbagai bangsa dan kerharmonian masyarakat.
Loading...
Beliau berkata kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan
tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan.
"Saya dimaklumkan bahawa kempen itu dibatalkan ...
tetapi jika ia masih aktif maka ia harus ditamatkan kerana ia tidak baik untuk
ekonomi.
“Jika anda bercakap tentang mempromosikan produk bumiputera,
tiada siapa yang akan membantahnya tetapi apabila anda bercakap mengenai
pemulauan produk bukan Islam maka ia akan membuahkan hasil yang
sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan
In.Tech di George Town.
"Biarkan mereka (penganjur kempen) memberi alasan
mengapa ia perlu diteruskan. Kita merasakan bahawa ia tidak perlu kerana
seperti yang kita katakan kempen itu tidak baik bagi ekonomi dan keharmonian
masyarakat...penganjur kempen harus bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka
perlu meneruskan kempen sedemikian, "katanya.
Ahad lalu Gerakan Pembela Ummah (Ummah) telah memulakan
kempen Beli Produk Muslim Dahulu di Pulau Pinang dengan matlamat untuk
menaikkan kuasa beli umat Islam di Pulau Pinang dan pada masa yang sama , membantu
komuniti perniagaan Islam di negeri ini.
loading...
Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ummah Mohd Zai Mustafa berkata
Pulau Pinang dipilih kerana negeri ini mempunyai ekosistem perniagaan yang baik
dan merupakan salah sebuah bandar terbesar di wilayah utara.
- Bernama


