Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan
perbicaraan Datuk Seri Najib Razak yang
menghadapi pertuduhan berkaitan Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguh
kerana bekas perdana menteri itu mendapat jangkitan konjunktivitis pada
matanya.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam
utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan atas alasan perubatan dan juga kerana ia tidak dibantah oleh pasukan
pendakwaan.
Loading...
“Yang Arif sekitar
pukul 7.15 pagi ini , saya menerima panggilan daripada pelanggan saya dan juga daripada isterinya,
memaklumkan saya bahawa beliau disyaki mempunyai konjunktivitis di matanya
akibat jerebu ...beliau keluar malam semalam.
“Pada masa ini, beliau masih berada di rumah. Pelanggan saya
telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau hanya dapat berjumpa pakar di
Garden Mall pada jam 10.30 pagi. Jadi, kemudian saya akan menyerahkan salinan
chit perubatan, saya menjangka sekurang-kurangnya hari ini atau esok beliau
akan bercuti sakit, “katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri
Ram tidak membantah permohonan itu dan berkata mereka akan menunggu laporan
perubatan tersebut.
Hakim Sequerah menetapkan jika tertuduh mendapatkan cuti
sakit hanya satu hari, prosiding itu akan disambung semula esok.
“Jika cuti sakit diberikan selama dua hari, pendengaran
kes akan disambung semula Selasa depan,”
katanya.
Ini merupakan kali kedua perbicaraan Najib ditangguhkan
kerana bekas perdana menteri mendapat jangkitan konjunktivitis pada matanya.
loading...
Kali pertama pada 14 Ogos lalu sewaktu pendengaran kes SRC
International yang ditangguhkan selepas Najib diberi cuti sakit selama tiga
hari kerana jangkitan virus itu.
Hari ini pasukan pembelaan
dijangka meneruskan pemeriksaan balas bekas pegawai khas Najib, Datuk
Amhari Efendi Nazaruddin, 43, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan
kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21
pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan
itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini
antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan untuk 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac
2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama. — Bernama


