Polis Perak bersedia membantu untuk mengesan Pengerusi PKR
Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang menghilangkan diri daripada
membantu siasatan berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di
Ampang, 31 Ogos lalu.
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata pihaknya
sedia memberikan bantuan sekiranya diperlukan termasuk mendapatkan risikan
maklumat bagi mengesan Farhash.
Loading...
“Kita memang akan beri bantuan... Ketua Polis Negara pun
telah beri kenyataan berkenaan Farhash jadi sekiranya bantuan dipohon dari
pihak kita dan sekarang ini (tindakan) di pihak Bukit Aman.
loading...
“Kita juga akan dapatkan risikan maklumat untuk bantu,”
katanya pada pemberita pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas
Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Ibu
Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di Parit hari ini.
Ahad lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador
dalam satu sidang media di ibu negara berkata usaha mengesan Farhash masih
dijalankan walaupun mangsa dalam kes itu sudah menarik balik laporan polis yang
dibuat.
Farhash, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah suspek utama kes serangan ke atas seorang
jurulatih tinju di Kompleks Sukan Arena, di Taman Dagang Permai di Kuala
Lumpur.
Pada majlis serah tugas itu, Supt Barudin Wariso dilantik
sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah yang baharu menggantikan ACP Mohamad
Zainal Abdullah yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah
Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah.
Pada majlis itu, turut diadakan serah terima tugas Pengerusi
Perkep IPD Perak Tengah antara Niche Isa Medina Machmudi Isa dengan Rodziah
Mansor yang baru dilantik yang disaksikan Pengerusi PERKEP negeri, Datin Zainah
Othman. - Bernama


