Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan
perjumpaan bersama pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah di
sini.
Perjumpaan secara tertutup itu turut dihadiri Pengerusi
Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Timbalan Presiden Bersatu
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Loading...
Ia turut membabitkan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Srikandi
dan Armada Bahagian Bersatu Sabah.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu dalam rangka lawatan
sehari di Sabah hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri
Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kemudian menteri kabinet Sabah di Pusat
Pentadbiran Negeri Sabah di sini.
Beliau yang diringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali
tiba dari Kuching Sarawak pagi tadi selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia
malam tadi.
Dr Mahathir dijangka berlepas balik ke Kuala Lumpur petang
ini.
- Bernama


