Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Mahkamah benar SPRM lucut hak RM369,622 dari MP Umno


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melucut hak sebanyak RM369,662 daripada Anggota Parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib dan syarikat Naza Quest Auto berhubung saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan pelucuthakan itu semasa prosiding terbuka di mahkamah pagi ini, lapor Malaysiakini.

Loading...
Nazlan mengeluarkan perintah itu apabila Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pilllai memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada pihak ketiga menghadiri prosiding hari ini untuk menuntut RM100,000 yang telah dilucut hak oleh SPRM daripada anggota parlimen Umno itu.

Sebelum ini dilaporkan Ismail tidak akan mencabar saman pelucuthakan berkenaan.

Hakim merekodkan penghakiman persetujuan antara pihak pendakwaan dan Naza Quest Auto untuk melucut hak sebanyak RM269,662 dalam akaun Maybank Islamic syarikat itu kepada kerajaan.

Penghakiman persetujuan dilakukan tanpa pengakuan liabiliti jenayah atau sivil oleh Naza Quest Auto.
Loading...
loading...