Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Pelajar penyokong Israel persoal anti-Yahudi, Dr M pertahan punyai hak dalam kebebasan bersuara


Berucap di Columbia University di New York, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya yang dianggap sebagai anti-Yahudi, dengan berkata bahawa dia mempunyai hak dalam kebebasan bersuara.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Forum Pemimpin Dunia di universiri itu hari ini, selepas salah seorang penonton membangkitkan tentang kenyataannya itu.


Loading...

"Saya melaksanakan hak saya dalam kebebasan bersuara. Kenapa saya tidak boleh mengatakan sesuatu terhadap orang Yahudi apabila banyak orang mengatakan perkara jahat tentang saya dan tentang Malaysia, dan saya tidak membantah? Saya tidak berdemonstrasi.

"Kita perlu bersedia untuk mendengar pandangan yang tidak memihak kepada kita, kerana kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara adalah tentang bebas bersuara.

"Apabila anda berkata, 'Tidak, anda tidak boleh mengatakan ini. Anda tidak boleh menjadi anti-Yahudi' maka tidak ada lagi kebebasan bersuara," kata Dr Mahathir seperti dilapor Malaysiakini.



Ceramah itu disiarkan secara langsung melalui pelbagai saluran, termasuk salah satu halaman Facebook RTM.

Penonton, yang memperkenalkan dirinya sebagai ahli Pelajar Penyokong Israel di Columbia University, meminta Dr Mahathir untuk menjelaskan kenyataannya dalam wawancara BBC yang menyentuh tentang jumlah orang Yahudi terbunuh dalam Holocaust.

loading...
"Columbia University adalah pusat dunia dalam kajian Yahudi. Ketika anda datang ke tempat seperti Columbia University, kenyataan seperti itu menjadikan anda provokatif perkauman atau jahil. Sila jelaskan kedudukan anda mengenai Holocaust," kata penonton berkenaan.

Dr Mahathir berkata beliau tidak membantah atau mempersoalkan bilangan orang yang terkorban dalam Holocaust, namun katanya, beliau sekadar menyorot bahawa sumber yang berbeza memberikan anggaran yang berbeza mengenai jumlah kematian bergantung kepada sama ada mereka "menyokong" atau "menentang".

"Jadi, saya menerima bahawa terdapat Holocaust dan terdapat banyak orang Yahudi yang dibunuh. Sebenarnya, pada suatu ketika, saya sangat bersimpati terhadap mereka ... Semasa perang, ketika anda tidak ada tetapi saya berada di sekitar waktu itu, " katanya.

Penonton kemudian berkata neneknya masih hidup semasa Holocaust, yang mana Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepadanya dan mengakhiri perbualan itu.
Loading...
loading...