Mohammad Iskandar merupakan seorang tokoh pendidikan yang
masyhur di Kedah. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Pulau Pinang dan
menerima pendidikan awal di Penang Free School. Setelah tamat peperiksaan
“School Certificate” beliau telah mengikuti Normal Class untuk menjadi seorang
pendidik.
Loading...
Negeri Kedah memulakan zaman pembangunan semasa beliau
menjadi seorang pendidik. Kerajaan telah menjemput beliau untuk menubuhkan
sebuah sekolah Inggeris di Alor Star memandangkan pengalaman beliau yang begitu
meluas dalam bidang pendidikan.
Masalah yang dihadapi oleh beliau pada ketika itu ialah
sambutan yang dingin oleh ibu bapa tentang pembukaan sekolah Inggeris yang baru
itu. Dengan berkat usaha beliau bilangan pelajar kian bertambah dari 12 orang
ke 97 orang pada tahun 1909. Peningkatan bilangan pelajar pula telah
menimbulkan masalah lain seperti kekurangan guru dan bilik darjah. Guru-guru
tambahan dilantik namun begitu, masalah bangunan tambahan masih tidak dapat
diatasi.
“Saya membesar dalam sebuah keluarga yang sangat
berdisiplin. Bapa saya mengurus rumah seperti bilik darjah. Terdengar sahaja
bunyi batuk ketika beliau pulang sudah cukup untuk kami bertempiaran lari
mencari buku.” katanya dalam temu bual dengan penulis J. Victor Morais dalam
buku Mahathir
Oleh itu beliau mengajar murid-muridnya di bawah pokok dan
keadaan ini bertambah sukar apabila hujan turun. Walaubagaimanapun, beliau
telah berjaya menunjukkan sikap beliau sebagai seorang pendidik yang
berdedikasi dan berjaya.
Daripada raut wajahnya,jelas terpancar karisma seorang
pendidik yang tegas. Sebab itulah anak lelakinya bukan saja menjadi seorang
Doktor Melayu pertama membuka klinik swasta di Kedah malahan menjadi arkitek
pembangunan Malaysia selama 22 tahun.





