Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy akan
dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung satu
laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan satu artikel disiarkan sebuah
portal berita, bulan lepas.
Loading...
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan
Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior
Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
Beliau berkata Ramasamy dijangka hadir ke Bukit Aman pada
pukul 10 pagi untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5
berhubung perkara itu.
loading...
Bernama pada 17 Oktober lepas melaporkan, Ramasamy diminta
untuk memberi keterangan berhubung artikel bertajuk “Kerajaan Baharu tapi Polis
Masih Pada Takuk Lama - Ramasamy” yang disiarkan di laman web
www.malaysiagazette.com pada 17 September lalu.
Dalam artikel itu, Ramasamy telah mengulas tindakan polis
menembak mati tiga lelaki yang disyaki perompak di Kilometer 22, Jalan Rawang
menghala Batu Arang, Selangor, 14 September lepas. — Bernama


