Kerajaan Kedah hari ini mencadangkan bayaran khas sebanyak
RM750 diberikan kepada semua pegawai, kakitangan dan anggota pentadbiran negeri
itu.
Menteri Besar Mukhriz Mahathir ketika membentangkan
Belanjawan 2020 negeri di Wisma Darul Aman di Alor Setar berkata pembayaran
berkenaan akan dibuat pada Disember ini.
Loading...
"Bayaran khas ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan
penjawat awam negeri yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah
dan dedikasi," katanya.
Beliau berkata lebih 6,000 penjawat awam lantikan tetap dan
kontrak akan menerima manfaat daripada bayaran khas tersebut dengan peruntukan
sebanyak RM5 juta.
Sementara itu, Mukhriz berkata seiring dengan perkembangan
ekonomi digital dan perkembangan telekomunikasi yang pesat, kerajaan negeri
akan meningkatkan kualiti sistem penyampaian dan tadbir urusnya.
loading...
Beliau berkata antara agenda kerajaan negeri adalah untuk
memperkemaskan jentera pengurusan dan pemantauan kutipan hasil negeri.
“Semua pihak juga diminta mengambil langkah dalam
mengurangkan kos operasi antaranya melalui amalan mendigitalkan perkhidmatan,”
katanya.
- Bernama


