Setiausaha politik Lim Kit Siang membidas tindakan PAS
mempertahankan MIC dalam isu kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil
Eelam ( LTTE).
Syahredzan Johan berkata pendirian PAS jelas tidak adil,
ekoran parti Islam sebelum ini mengecam DAP apabila memberi khidmat guaman
kepada suspek sindiket kes MyKad.
Loading...
“Bila peguam DAP buat kerja sebagai peguam, PAS hentam. Bila
peguam MIC buat kerja sebagai peguam, PAS kata itu hanya menjunjung hak dan
tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” coretnya di Twitter hari ini.
Syahredzan merujuk kepada kritikan Dewan Pemuda parti itu
yang mempertikai bantuan wakil rakyat Jelutong RSN Rayer kepada suspek sindiket
MyKad baru-baru ini.
loading...
Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan
dalam kenyataannya hari ini menyifatkan pertolongan MIC wajar.
Perkara itu tegasnya dilakukan bagi memastikan seseorang
yang ditahan mendapat haknya seperti yang dijamin di sisi undang-undang.
“Sekiranya mereka dibuktikan bersalah dan disabitkan
mahkamah, maka semua pihak perlu akur dan menyerahkannya kepada proses
undang-undang untuk dilaksanakan,” tambah Takiyuddin. - Projek MM


