Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Lebih 675 hektar tanah K'tan belum dibangunkan k'jaan persekutuan


Sebanyak 675.9976 hektar tanah telah diambil kerajaan Persekutuan di Kelantan untuk tujuan tertentu namun belum dibangunkan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata sehubungan itu, kerajaan negeri sedang membuat penelitian dari sudut undang-undang apakah langkah yang boleh diambil dengan sebahagiannya telah dikeluarkan Notis 5A kerana telah melebihi tempoh yang sepatutnya.

Loading...
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan dikemukakan Abd Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh), Mohd Amar berkata kerajaan negeri juga pada masa sama sedang meneliti untuk mengenakan caj premium kepada tanah yang diberikan kepada kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan sedang meneliti tidak hanya melibatkan tanah-tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) tetapi keseluruhan tanah-tanah di seluruh negeri sama ada yang melibatkan pengambilan ataupun pembangunan dari sudut undang-undang, mana yang dibuat secara betul dan tidak betul...insya-Allah beberapa cadangan telah ada daripada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu-isu ini.

"Ada sebahagian daripada contoh tanah yang diberi kepada kerajaan Persekutuan yang tidak dibayar apa-apa sejak lama dan kita telah membuat tuntutan kepada mereka untuk bayar premium dan caj penggunaan tanah.

loading...
“Ada sebahagiannya telah diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan dan ada sebahagian masih di peringkat perbincangan," katanya.

- Bernama
Loading...
loading...