Akhirnya, inilah kenyataan balas dan respon yang Ohmedia
nanti-nantikan mengenai isu pengganas LTTE, iaitu Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad. Selepas kita telah menerima banyak respon dari kepimpinan DAP
dan pihak polis, jadi apa pula kata Tun Mahathir?
Loading...
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau
mempertahankan tindakan yang diambil oleh pihak polis bagi menggunakan akta
SOSMA ke atas ke semua 12 individu yang ditahan, termasuk dua orang ADUN, DAP.
Saya ada penerangan
daripada polis. Mereka ada sebab-sebab (untuk bertindak) dan saya berpuas hati
dengan alasan mereka mengambil tindakan. SOSMA masih wujud ketika ini.
Disebabkan tiada undang-undang lain, maka polis menggunakan akta ini, jelas Tun
M apabila ditanya pemberita.
loading...
Sedikit info, LTTE ini sebenarnya satu kumpulan pemisah yang
datang dari Sri Lanka dan telah diisytiharkan sebagai pengganas oleh 32 buah
negara, termasuklah Malaysia. - OhMedia


