Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih
kepada pemimpin BN yang sudi menawarkan diri menjadi perunding cukai barangan
dan perkhidmatan (GST) kepada kerajaan.
"Kerajaan terdahulu bernasib baik mendapatkan nasihat
daripada perunding yang tidak diiktiraf, itulah sebabnya mereka memperkenalkan
GST.
.
Loading...
“Terima kasih kerana menawarkan diri menjadi konsultan
(tetapi) kerajaan akan hancur,” kata Mahathir di Dewan Rakyat di ibu negara
hari ini, sambil tersenyum.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahmad Maslan
(BN-Pontian), yang semalam menawarkan diri menjadi perunding GST secara percuma
kepada kerajaan Pakatan Harapan.
Ahmad malah berkata sedia meronda membuat ceramah dan
menerangkan kebaikan GST kepada rakyat,” katanya.
Terdahulu, Mahathir berkata kerajaan harus melakukan kajian
menyeluruh sebelum mempertimbangkan pengenalan semula GST.
loading...
loading...
Kajian itu perlu melihat kesan kenaikan harga kepada
pengguna, kadar inflasi, peningkatan kos untuk perniagaan serta sistem
pembayaran balik.
Bagaimanapun, beliau dilihat tidak berminat untuk mengubah
sistem cukai itu dalam masa terdekat.
Selain itu, katanya, penukaran sistem GST ke SST hanya akan
dilakukan kerana melihat aduan dari rakyat yang berkata terpaksa membayar cukai
dua kali ataupun sukar mendapat pembayaran balik. - Malaysiakini



