Malaysia menghadapi tekanan yang sangat kuat daripada pihak
tertentu supaya menutup akaun bank individu dan syarikat Iran di negara ini,
kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Malah, Malaysia juga diancam bank-bank miliknya di luar
negara akan ditutup sekiranya gagal berbuat demikian, kata beliau tanpa
menamakan pihak yang terlibat.
Loading...
"Hubungan kita dengan Iran sangat baik tetapi kita
menghadapi beberapa tekanan yang sangat kuat daripada pihak tertentu, yang
mungkin kamu boleh agak.
"Kita dipaksa melakukannya kerana jika tidak, mereka
akan menutup bank kita di luar negara.
"Ini perbuatan buli oleh orang yang sangat
berkuasa," katanya mengulas laporan yang menyatakan bank-bank di Malaysia
menutup akaun individu dan syarikat Iran.
Perdana menteri ditemui media selepas mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2019, di Putrajaya hari
ini
loading...
Semasa ditanya bagaimana rakyat Iran di Malaysia akan
bergerak selepas akaun bank mereka ditutup, Dr Mahathir berkata tujuan tindakan
itu adalah untuk menyukarkan mereka.
"Kita tidak membantu (dalam menutup akaun bank), kita
dipaksa melakukannya," katanya.
Pada mesyuarat hari ini, Dr Mahathir berkata beberapa
pelajar telah mengemukakan cadangan yang bijak bukan sahaja untuk Kementerian
Pendidikan tetapi juga untuk kementerian lain bagi memperbaiki sistem
penyampaian kerajaan.
"Mereka (pelajar) bimbang tentang isu-isu kesihatan
mental dan mengenai tempat-tempat di mana orang ramai boleh berjalan-jalan di
kawasan dengan banyak pokok.
"Mereka juga berminat dengan sistem nilai pelajar dan
rakyat kita untuk memastikan rakyat Malaysia akan terus dikenali bukan sahaja
kerana berpendidikan, tetapi juga dengan karakter yang baik," kata beliau.
-Bernama


