Foto BH Online
Polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook 'Raja
Rimba' yang memuat naik pelbagai catatan provokasi termasuk berunsur ugutan
bunuh terhadap Yang Di Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dev Kumar berkata, pihaknya
menerima satu laporan mengenainya pagi tadi yang dibuat oleh kakitangan Astana
Negeri.
Loading...
"Setakat ini kita masih mencari pemilik akaun
itu," katanya ketika dihubungi.
Raja Rimba antara lain membuat catatan "Kita serang
kroni taib...bakar kilang CMS dan Naim," dalam satu kumpulan Facebook, NCR
Sarawak.
loading...
Menurut laporan akhbar tempatan, pemilik akaun itu turut
memuat naik catatan 'I will kill u' berserta gambar Taib dalam kumpulan
Facebook sama, semalam, dan akaun berkenaan masih lagi aktif buat masa ini,
namun kedua-dua catatan itu tidak dapat dikesan.
Dev berkata kes berkenaan disiasat sebagai ugutan jenayah di
bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia.
- Bernama


