Mynewsblog

Sumber Isu semasa,berita, ekonomi, bisnes, kewangan,automotive, politik dan sebagainya.

Polis siasat kes siswa UM protes di pentas konvokesyen


Graduan Universiti Malaya (UM) yang menunjukkan tanda protes pada sidang istiadat konvokesyen universiti itu Isnin lalu, disiasat polis kerana dengan sengaja bertindak mengaibkan dan berniat mahu menggugat keharmonian.

Jika sabit kesalahan siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK) itu, graduan terbabit boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Loading...
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya menerima satu laporan daripada pegawai keselamatan UM berhubung insiden yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, Isnin lalu.

“Laporan itu dibuat pada jam 12.33 malam Selasa, berhubung kejadian seorang graduan mengeluar dan menayangkan plakad di atas pentas konvokesyen.

“Kejadian membabitkan seorang siswa lelaki berusia 23 tahun dan selepas menerima skrol ijazah, dia mengeluarkan plakad mendesak pemimpin UM meletak jawatan dan melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’, ‘Undur VC’ serta ‘Ini tanah Malaysia’ ditujukan kepada pemimpin dan barisan akademik UM yang berada di atas pentas konvokesyen.

“Tindakan siswa itu melanggar protokol istiadat dan mengganggu konvokesyen UM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

loading...
Mazlan menegaskan, pihaknya tidak berkompromi kepada sesiapa yang didapati menggugat ketenteraman awam atau mencetuskan isu yang menyentuh sensitiviti perkauman mahupun agama di negara ini.

Sementara itu, siswa UM terbabit, Wong Yan Ke ketika dihubungi BH berkata, dia dinasihatkan oleh peguamnya untuk menunggu maklum balas daripada UM dalam tempoh 24 jam berhubung status transkrip akademiknya yang didakwa ditahan oleh universiti itu.

Katanya, dia akan tampil membuat laporan polis jika dia tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UM dalam tempoh berkenaan. - Berita Harian
Loading...
loading...