Foto The Sun Daily
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda
membantah tindakan bekas perdana menteri Najib Razak yang cuba menangguhkan
perbicaraan kes meminda laporan akhir pengauditan 1MDB yang dijadualkan pada
Isnin ini.
Loading...
Peguam Arul Kanda, M Sivananthan memberitahu hakim Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan bahawa anak guamnya mahu perbicaraan
dteruskan kerana Arul Kanda mahu segera membersihkan namanya.
Hari ini ditetapkan sebagai tarikh untuk mendengar permohonan
Najib yang cuba menangguhkan pendengaran perkara yang ditetapkan itu, lapor Malaysiakini.
loading...
M Sivananthan
Peguam bekas perdana menteri Harvinderjit Singh mengemukakan
alasan bahawa kliennya meminta penangguhan untuk membuat persediaan membela
diri terhadap pertuduhan lain yang dihadapinya iaitu menyeleweng RM42 juta dana
SRC International Sdn Bhd (kes SRC) pada 3 Disember ini.
Harvinderjit berkata Najib memohon untuk menangguhkan kes
pinda laporan audit 1MDB itu hingga Januari tahun depan.


