Dr Mahathir Mohamad tidak takut terhadap khabar angin untuk
menjatuhkannya sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Dewan
Rakyat.
Loading...
“Hendak buat apa pun bebas, kita negara demokratik. Boleh
buat gerakan undi tidak percaya dan gerakan undi percaya,” katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di ibu pejabat parti itu hari
ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang
berjanji tidak akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Mahathir, susulan
spekulasi mendakwa beliau menemui Yang di-Pertuan Agong pagi tadi, lapor portal FMT.
loading...
Anwar bagaimanapun menolak spekulasi itu.
“Terima kasih,” kata pengerusi PH dan PPBM kepada Anwar.
Sementara itu, Mahathir menafikan beliau ialah dalang di
sebalik pertemuan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dengan kira-kira 30
ahli Parlimen BN pada malam Isnin.
“Mungkin saya seorang diktator, tetapi saya tidak arahkan
kali ini.”


