Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee
Shith, yang mengalami sesak nafas pagi ini semasa menghadiri sidang Dewan
Rakyat, berada dalam keadaan stabil buat masa ini.
Beliau tiba di unit kecemasan Institut Jantung Negara (IJN)
pada kira-kira pukul 11.20 pagi ini selepas dikejarkan dengan ambulans dari
Parlimen.
Loading...
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada timbalan menteri itu
Farahiah Zubir ketika ditemui Bernama di IJN berkata Ahli Parlimen Kuala Pilah
itu kini berada di Unit Jagaan Rapi Jantung untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Eddin mengalami sesak nafas ketika Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Baharuddin Shah sedang menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang
merupakan soalan ketiga pada sesi pagi ini.
loading...
Beliau ketika itu dilaporkan baru sahaja tiba di Dewan
Rakyat dan hendak duduk sebelum dilihat tiba-tiba tidak bermaya dan terduduk
mengejut di kerusinya.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon
dengan serta-merta menangguhkan sesi persidangan kira-kira 10 minit untuk
membolehkan ahli Parlimen lain serta pasukan perubatan Parlimen memberikan
beliau bantuan segera sebelum dikejarkan ke IJN.


