Foto The Sun Daily
Bersatu memutuskan tiada sebarang tindakan disiplin akan
dikenakan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung
kenyataan kontroversi beliau mengenai DAP ketika berkempen di Tanjung Piai
Johor minggu lalu.
Perkara itu disahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang
media Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Yayasan Kepimpinan
Perdana di sini hari ini.
Loading...
Menurutnya, kenyataan Ahmad Faizal itu dibuat selepas beliau
ditanya oleh sekumpulan nelayan yang mahukan penjelasan mengatakan DAP
menguasai Pakatan Harapan (PH).
"Dia dihadapkan (berdepan) dengan nelayan yang begitu
agresif yang mana mereka menganggap PH ini dikuasai oleh DAP.
loading...
"Jadi dia (Ahmad Faizal) terangkan sebab kadang-kadang
kita dalam situasi tertentu kena jelaskan keadaan sebenar.
"Dalam PH ini ada kala DAP kuasai, Bersatu kuasa dan di
Melaka Amanah (kuasai). Tetapi di Perak dia (Ahmad Faizal) masih menguasai
kerajaan," katanya.
Terdahulu tular klip video Ahmad Faizal mendedahkan beliau
terpaksa berlawan dengan DAP di Perak.
Menerusi rakaman video itu Ahmad Faizal berkata, usaha yang
dilakukan untuk mempertahankan tanah masyarakat Melayu dan agama Islam
dilakukan berseorangan dengan bantuan rakan-rakan dalam UMNO.
Walau bagaimanapun, menteri besar itu dalam satu kenyataan selepas itu menafikan beliau bermasalah dengan DAP di Perak.
Beliau yang bercakap kepada portal berita Free Malaysia
Today berkata, kenyataannya di dalam video yang tular hari ini dipetik di luar
konteks. - Sinar Harian


