Foto The Star
Pendirian calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck
Seng berkaitan kerjasama Umno-PAS-MCA tidak jelas sekaligus bakal
menganggu-gugat sokongan pengundi Cina terhadap parti itu pada Pilihan Raya
Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata perkara ini masih tidak dijelaskan termasuk pendirian Wee dalam
isu hudud.
Loading...
“Wee Jeck Seng patut tahu, malah rakan-rakan kami dalam
Pakatan Harapan pun tahu bahawa sikapnya (berkaitan kerjasama) tidak berapa
jelas sejak di peringkat awal. Malah daripada ceramah awam saya hadiri termasuk
semalam, respons agak baik sekali. Mungkin kerana itu, MCA rasa gentar.
“Bila saya berucap, mereka setuju sambut baik bahawa
pendirian calon MCA agak tidak menentu dan serba salah dalam tidak menyokong PAS
tapi bersekongkol dengan Umno untuk sokong PAS. Saya tahu ini akan menjadi
penentu MCA dalam masa depan mereka,” katanya.
loading...
Semalam dalam ceramahnya, Muhyiddin meminta Wee menyatakan
pendiriannya berhubung undang-undang hudud selepas partinya MCA dilihat
bekerjasama dengan PAS dalam PRK Tanjung Piai.
Parlimen Tanjung Piai mempunyai pengundi berdaftar seramai
52,986 dengan kira-kira 42 peratus adalah pengundi Cina.
PRK Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru
antara calon PH Karmaine Sardini, calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck
Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam, calon Berjasa Badhrulhisham Abdul Aziz
dan dua calon bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.
- Bernama


