Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak
bersetuju kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membenarkan abu mayat mendiang
bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke Perak
pada 16 September lalu.
Perkara ini telah dikongsikan oleh bekas Presiden UMNO itu
di laman rasmi Facebooknya yang menerima pelbagai reaksi dan menerima kecaman
daripada netizen.
Loading...
Najib melalui statusnya memberitahu "Sebuah kerajaan
yang bertanggungjawab patut selalu menjaga keamanan dan keharmonian negara.
Keputusan kerajaan BN dahulu tidak membenarkan abu Chin Peng untuk dibawa balik
tentu ada sebabnya.
"Kita tahu ramai Rakyat Malaysia yang sangat ambil
berat serta marah dengan isu ini. Sebab itu, kita tidak membenarkan pada masa
itu.
"Memandangkan sentimen perkauman pasca PRU14 sudah
tinggi, kenapa kerajaan PH masih tegas untuk membakar lagi keadaan dengan
mengambil langkah-langkah yang kontroversial?,"tulisnya seperti dilapor Sinar Harian.
Dalam pada itu, Najib terkilan dan pelik dengan tindakan
kerajaan yang boleh membenarkan abu musuh negara itu di bawa pulang ke Malaysia
tanpa pengetahuan rakyat walaupun Chin Peng dilahirkan di Perak.
"Kenapa kerajaan PH terdesak sangat untuk abu Chin Peng
dibenarkan untuk dipulangkan pada masa ini secara senyap-senyap? Adakah langkah
ini boleh memulihkan ekonomi negara yang semakin merosot?
loading...
"Siapakah dalam kerajaan PH yang meluluskan? Kerajaan
PH buat tugu wira askar Jepun tahun lalu, ramai dah marah. Tahun ini, korang
sengaja buat lagi?Untuk apa?,"katanya.
Najib yang baharu sahaja memuat naik status tersebut
kira-kira jam 4 petang tadi kini tular di media sosial yang meraih 9,800 tanda
marah, 1,100 rakyat berkongsi perkara itu dan rata-rata netizen mengutuk
tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan.
Rata-rata di antara mereka juga tidak bersetuju dan
mengharapkan agar kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara
ini.


