Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu diharamkan kerana hanya mahir mencetuskan konflik dan sikap radikal mereka menjadi punca kepada perpecahan etnik.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata,
terbaharu pertubuhan itu tetap berkeras mahu mengadakan persidangan pertubuhan
Cina pada 28 Disember depan untuk membantah penerapan pengenalan tulisan Jawi
dalam subjek teras iaitu bahasa Melayu sekolah vernakular.
Loading...
Menurutnya, walaupun telah diberi amaran oleh Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dong Zong tetap dengan pendirian mereka.
"Ia jelas menunjukkan Dong Zong adalah pertubuhan yang
rasis dan anti nasional kerana tidak mahu menerima kepelbagaian kaum lain
sebagai salah satu bentuk perpaduan.
"Dong Zong juga tidak mempunyai sikap toleransi antara
kaum di mana orang Melayu telah banyak bertolak ansur terhadap kaum lain
misalnya menerima budaya, warisan serta kepentingan kaum lain demi mencapai
kemerdekaan dan untuk hidup bernegara," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Najmil berkata, Dong Zong perlu berhenti mencetus provokasi
yang mampu menjejaskan keharmonian kaum.
Katanya, mereka juga perlu belajar bertoleransi dan menerima
kepelbagaian kaum di Malaysia selain menghormati status quo orang Melayu
seperti yang dipersetujui dalam kontrak sosial. - Sinar Harian


