Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Latheefa Koya berkata bahawa kes lama yang melibatkan kepentingan awam
akan dibuka semula termasuk kes pihak yang “berpengaruh” namun enggan
mendedahkan butiran lanjut kerana bimbang menggangu siasatan.
Jelasnya, pendedahan maklumat itu mungkin akan menyebabkan
penyiasatan SPRM terganggu dan pihak “berpengaruh” yang dicari juga melarikan
diri serta ada kemungkinan membawa kepada fail yang disiasat hilang.
Loading...
“Saya telah menerima memo selepas memo di mana mereka
memberitahu saya tidak ada kes, dan saya telah mendapat maklumat dan bukti
tambahan.
“Jadi saya perlu teliti fail tersebut dan semak semula
bahawa ia sudah ditutup dengan betul atau tidak, "katanya kepada pemberita
ketika ditemui di sebuah forum berkenaan Pemilikan Berkesan di Kuala Lumpur
pagi ini.
"Saya tidak boleh namakan, kerana jika saya beritahu,
mereka (pihak ‘berpengaruh’ yang kesnya bakal dibuka) akan melarikan,"
kata Latheefa.
“Jadi, jika saya bocorkan perkara berkenaan fail ini, saya
risau fail ini akan hilang,” katanya lagi.
Latheefa turut menjelaskan bahawa terdapat lebih dari 10 kes
yang bakal disiasat.
Beliau juga menyebut berkenaan sudah mendapatkan maklumat
dan aduan untuk membuka semula kes di “Sarawak” dan kematian Teoh Beng Hock.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa Latheefa Koya berkata
bahawa SPRM akan membuka semula beberapa kes lama yang melibatkan kepentingan
awam pada awal tahun depan. - Kinitv


