NEW ZEALAND – Bintang ragbi terkenal, Sonny Bill Williams
turut mengikuti jejak langkah Khabib Nurmagomedov dan Mesut Ozil dengan memberi
sokongan dan mempertahankan etnik Muslim Uighur yang ditindas.
Sokongan tersebut dinyatakan Bill Williams melalui laman
Twitternya dengan menyelar penindasan terhadap etnik Uighur.
Loading...
“Saya sangat bersedih bila kita memilih kepentingan ekonomi
berbanding sifat kemanusiaan #Uighur,” tulisnya yang turut memuat naik sekeping
gambar.
It’s a sad time when we choose economic benefits over humanity#Uyghurs 😢❤️🤲🏽 pic.twitter.com/F5EIWIOY7n— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) December 22, 2019
Rata-rata netizen juga memberi sokongan kepada Bill Williams
dan umat Islam kaum Uighur yang ditindas.
“Terima kasih Williams kerana anda berani bersuara demi kaum
Muslim Uighur yang telah diseksa dengan kejam. Biarpun kita menerima kritikan
seperti Mezut Ozil tetapi dengan cara inilah mampu membuka mata masyarakat
dunia,” tulis John Tina di Instagram.
Lahm Indiana pula memberitahu, “Terbaik Williams atas
keberanian anda menyuarakan penindasan yang dikenakan terhadap kaum Uighur.
Bukan sahaja umat Islam malah masyarakat dunia tidak kira agama harus bersatu
menentang penindasan ini.”
Terdahulu, syarikat penyiaran China telah keluarkan satu
siaran perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City
sebagai satu tindak balas terhadap Ozil.
Bahkan pemain Jerman itu juga dikeluarkan dalam permainan
video bola sepak yang dihasilkan oleh China. Liga Rugby tidak sama seperti bola
sepak atau bola keranjang yang dibayar lumayan oleh China.



